Assalamualaikum.First of All,Sarah nak ucapkan taniah sebab dapat buat segmen yang memang ohsem ni.Suatu segmen yang lain daripada lain.So,memang rugi lah kalau sapa-sapa yang tak join segmen ni.Sebenarnya Sarah dah lama nak join tapi selalu terlupa sebab kesibukan meluangkan masa untuk mereput di rumah.
Siapa Aku..?Korang rasa siapa korang..?Di sebalik hadiah untuk segmen ni yang ohsem,ia juga boleh buat kita sedar siapa kita sebenarnya.Setelah diteliti semua entri peserta peserta segmen ni memang buat Sarah sedar yang di atas muka bumi ni,ada pelbagai jenis manusia.Indahkan ciptaan Allah SWT..?Alhamdulillah
Sarah rasa tak perlu share nama sebenar kot,cukuplah korang hanya mengenali diri ini dengan nama SARAH.Menjelang 2016,Sarah telah bernafas di atas muka bumi yang fana ini selama 18 tahun.Kiranya Sarah lepasan SPM 2015.Bersekolah di sebuah sekolah berasrama di Kelantan*GOMO KELATE GOMO*Nama batch yang amat disayangi ialah #Callidus1115.
Okay,Bismillahirrahmanirrahim..Kita mulakan dengan sifat-sifat diri Sarah,Insya Allah Sarah cuba ringkaskan :)
Sensitive
Sarah mengakui yang hati Sarah memang mudah tersentap,memang mudah nak marah,menangis and so on.Benda tu selalunya biasa bagi seorang perempuan.Tapi,kalau Sarah marah,benci,dengki atau sakit hati selalunya benda tu tak lama pun.Sekejap je.Secretive
Sarah seorang yang suka berahsia.Segala yang berlaku dalam hidup Sarah memang susah untuk diceritakan kepada orang.Sebab bagi Sarah,susah nak jumpa dengan orang betul-betul paham kita,Yang paham sedikit pun susah.Tu lah ragam manusia kan.Jadi,baik berahsia daripada terlalu percayakan orang yang akhirnya tidak memberi kita manfaat.Treats others equally
Semua orang adalah sama.Itu salah satu prinsip Sarah dalam hidup.Kalau dia salah,kita layan cara yang sepatutnya,kalau dia betul,layan cara sepatutnya.Walaupun dia tu semua orang anggap baik,insan sejati atau apa-apa jelah.Bagi Sarah,dia tak ada spesial nya.Dia juga pendosa macam kita.Faham ye adik-adik..?Strong Sense of Sympathy
Masa kecil-kecil dulu memang selalu pergi pasar malam.Kat sana memang banyak orang yang susah.Tak berapa bernasib baik macam kita semua.Masa tu la wujudnya rasa simpati dalm diri.Memang selalu rasa nak menangis tengok diorang.Dapat lalu je depan diorang,tak dapat tolong pun sebab budak kecil mana ada duit.Sebab tu Sarah sekarang tengah betul-betul berusaha untuk berjaya dan mendapatkan masa hadapan yang cerah supaya dapat bentu diorang sebanyak yang boleh.Insya Allah.Loves to be Alone
Sikap ni bukan sebab Sarah tak suka berkawan atau tak ada orang nak berkawan dengan Sarah.Semua ini bagi Sarah suatu keperluan.Kadang-kadang kita kena bersendiri supaya kita dapat kenal diri kita lebih mendalam lagi.Tapi ingat kita tak menyendiri pun,akan selalu ada Allah bersama kita.Masa ni la kita nak mendalami lagi hati kita dan lebih rapat dengan MAHA PENCIPTA.Tanya hati,apa masalah kita,kenapa hati tak tenang.Kalau sedih,masa ini la Sarah akan menangis sepuansya.Sebab Sarah tak suka menangis depan orang...
Sarah rasa setakat ni je la huraian tentang SIAPA AKU???!Sebenarnya banyak lagi tapi tak perlulah dihurai semuanya sebab seperti huraian di atas.I am a Secretive person.Kan tak pasal pasal 3 muka surat pun tak habis ni.Kalau korang baca,kalau baca lah memang nampak agak perasan dan gedik kan..?Hope tak lah.Cuma Sarah pilih nak hurai sikap di atas tu sebab tak ramai yang tahu akan sikap sebenar Sarah dan kadang-kadang diorang tak faham.Sarah pula yang terpaksa ikut hidup diorang yang memang tak kena dengan jiwa Sarah.Sebab tu Sarah buat keputusan untuk tidak mempunyai BFF,tidak sesekali.Sorry guys,Sarah cuma ada CLOSE FRIENDS dan DORMMATE je.Not more than that.Semuanya disebabkan apa yang saya sudah alami dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini..*Ceh ayat :P*
1 comment:
congratulation win!
http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/tahniah-tahniah-tahniah-from-kalia.html
Post a Comment